Want your
own Fotopage?







 
k 's FotoPage

By: k rul

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 31-Aug-2007 00:00 Email | Share | Bookmark
Sedikit Tentang Sejarah Sungai Manik

Abdul Hanif bin Mohd Baki
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: navigasi, gelintar

Allahyarham Abdul Hanif bin Mohd Baki dilahirkan di Kampung Air Mati , Mukim Bandar, Kampung Gajah, Perak Darul Ridzuan.

Sebelum kedatangan tentera Jepun 1941 , pernah bekerja di stesen keretapi di pekan Sentul , Kuala Lumpur. Di sana, kerja-kerja mengangkat besi-besi untuk pembinaan dan pembaikan landasan kereta api. Sentul merupakan tempat membaiki kereta api yang rosak.

Semasa kedatangan Jepun , beliau antara pemuda Melayu yang diambil menyertai tentera Jepun. Setelah mendapat latihan singkat, beliau dibawa ke Port Dickson dan Singapura dengan kapal laut. Dari Singapura, tentera Jepun menghantar pemuda-pemuda Melayu ini ke Indragiri , [Sumatra]] , [Indonesia]]. Di sana , kerahan menebas hutan dan menanam pokok getah . Oleh kerana hanya makan ubi kayu dan makan tidak berkhasiat, beliau telah mendapat mendapat sakit tokak dan dihantar pulang ke Tanah Melayu semula.

Semasa zaman komunis , pemuda Melayu turut didaftarkan untuk menjadi gerila / askar komunis. Beliau turut mendaftarkan diri.

Apabila Perang Sabil di Sungai Manik meletus, Abdul Hanif turut ke Sungai Manik untuk berjumpa dengan seorang mahaguru silat dan guru agama yanhg dikatakan kebal. Beliau telah mengambil air penebat dan selempang merah sebagai ilmu kebal. Beliau telah bersampan dari Kampung Air Mati ke Sungai Manik dengan beberapa pemuda lain.

Apabila British kembali semula ke Tanah Melayu 1945, Abdul Hanif telah menyertai pasukan Special Constable (SC) di sekitar Rawang , Batu Arang dan di Ayer Hitam di Teluk Intan. Antara tugas SC ialah menjaga keselamatan lombong-lombong dan ladang-ladang daripada keganasan komunis Bintang Tiga. Bintang Tiga ialah pasukan bersenjata bagi Parti Komunis Malaya.

Ketika bertugas di Rawang , Batu Arang dan Rasa , Abdul Hanif pernah menyaksikan lori-lori askar yang diisi dengan pengganas komunis . Bintang tiga terlalu aktif di Batu Arang kerana kawasan di situ berbukit-bukau yang memudahkan pengganas komunis menyerang hendap dan melarikan diri.

Beliau pernah turut serta dalam gerakan mengepung dan memburu pengganas komunis Melayu bernama Che Dat di Ayer Hitam , Teluk Intan . Malangnya Che Dat melepaskan diri kerana dikatakan ada ilmu batin , ilmu menghilangkan diri. Che Dat yang dimaksudkan mungkin Abdullah CD.

Perkhidmatan Special Constable ditamatkan pada tahun 1960-an dan mereka yang berkelayakan telah diserapkan menjadi anggota polis biasa.

Abdul Hanif memilih kembali ke kampung untuk menjaga ibu bapa yang telah tua. Di kampung , beliau telah menjadi tukang kebun di Sekolah Kebangsaan Air Mati, 36800 Kampung Gajah, Perak. Di samping itu mengerjakan tanah sawah padi yang diberikan oleh kerajaan sekitar tahun 1953 di Blok D, Seberang Perak.

Selain itu mengusahakan kedai runcit dan menjadi peraih ikan dari Teluk Intan ke sekitar kampung terutama pada bulan Ramadan.

Allahyarham meninggal dunia di Hospital Ipoh pada Mei 2000 kerana penyakit kencing manis.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net